my sweet liitle world

my sweet liitle world
my son

Tuesday, October 1, 2013

5 sebab mengapa ramai orang tidak akan menjadi kaya

from someone to others..
thanks for sharing...
sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama...
 
saya akan dedahkan 5 sebab mengapa
ramai orang yang tidak akan menjadi
kaya... dan bagaimana Anda tidak
menjadi salah salah seorang daripada
mereka.

Apabila Anda tahu tentang rahsia
ini dan buat apa yang mereka telah
lakukan, Anda akan menjadi seperti
mereka. Sebaliknya, jika Anda tidak...
faham dan buat apa yang mereka tidak
lakukan, Anda tidak akan kaya.

Konsepnya cukup mudah tapi itulah
hakikatnya.

Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup
saya mula berubah. Dan sekarang giliran
Anda pula. Berikut adalah 5 sebab
mengapa ramai orang susah untuk menjadi
kaya dan bagaimana Anda tidak menjadi
seperti mereka!

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Hampir semua orang tidak mahu menunggu
untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang
sama, mereka sanggup menunggu untuk mula
melangkah ke arah kejayaan.

Nampakkah Anda masalahnya disini?

Lagi lama Anda menunggu untuk bermula,
lama lagi untuk Anda menjana wang,
kejayaan dan gayahidup yang Anda mahukan.

Ramai orang yang menunggu sehingga
semuanya sempurna sebelum mereka
bertindak. Oleh sebab itu, mereka
tidak akan bergerak dan tidak akan
mendapat ganjarannya.

Tiada perlumbaan yang akan dimenangi
(atau diakhiri) oleh seseorang yang
tidak melepasi garis permulaaan.

Jangan menunggu untuk bertindak.
Mulakan hari ini dengan melangkah
ke arah kejayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Kunci kekayaan terletak kepada
pemahaman tentang aset dan liabiliti.

Perbezaanya saya ringkaskan disini:
Aset adalah sesuatu yang masukkan
duit kepoket Anda. Hutang pula ialah
sesuatu yang keluarkan duit dari poket
Anda.

Aset : Wang masyuk
Liabiliti: Wang keluar

Ramai orang yang berfikir bahawa rumah,
kereta dan harta benda adalah aset mereka.

Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir
semuanya menyebabkan Anda keluarkan
wang dari poket Anda. Mereka MAHUKAN
wang daripada Anda. Mereka tidak
BERIKAN Anda wang.

Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya
itu adalah liabiliti = hutang!

Bila Anda mempunyai wang yang banyak
MASUK daripada aset yang sebenar daripada
wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti,
Anda akan bebas dari segi kewangan.

Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya.
Dan ianya membawa kita kepada...

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan
aktif daripada pasif
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=

Salah seorang jutawan yang saya kenali
pernah memberi nasihat dengan selamba.
Beliau berkata "Jika anda tidak buat
duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

Pendapatan aktif adalah gaji yang Anda
dapat daripada bekerja. Anda bekerja
sejam dan mendapat bayaran untuk sejam
bekerja dan sampai disitu sahaja.

Pendapatan pasif ialah Anda bekerja
sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran
tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi
Anda lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset
sebenar yang memberikan pendapatan pasif
kepada Anda adalah tiket untuk Anda
menuju kekayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak
gunakan sistem menjana duit
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=

Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti
yang boleh buat duit untuk Anda tanpa
perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya
satu sistem yang buat duit secara automatik.

Aset yang sebenar hanyalah satu sistem
atau yang berkait dengannya.

Selepas Anda mencipta atau gunakan
satu sistem buat duit, tiada had berapa
banyak duit yang boleh Anda perolehi.

Dengan menjadi pakar kepada sistem duit
akan membawa kekayaan diluar dugaan Anda .

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=
Sebab #5 : Tidak cukup sabar
dan tiada keazaman
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=

Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, Anda
mesti memecut daripada garisan permulaan dan
mengikut terus sehingga ke garisan penamat.

Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka
samada tidak bermula langsung atau tidak
tamatkan, atau kedua-duanya sekali.

Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup
bahagia Anda mestilah mempunyai kesabaran
dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat.
Anda bukan sahaja perlu bermula, tetapi
mesti tabah mengharungi semuanya.

Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya
masih menjadi punca kegagalan sesorang.

Sebab itulah jika Anda sanggup menyertai
5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas,
Anda mempunyai peluang yang besar untuk
menempa kejayaan dan kemewahan.

Ianya cukup mudah... Anda perlu membuat
keputusan untuk mengikut perkara diatas dan
lihat perubahan pada hidup Anda nanti.
Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang
lain Anda tetap seperti sekarang, sama
seperti dulu.

Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.
 
 

No comments:

Post a Comment