my sweet liitle world

my sweet liitle world
my son

Wednesday, August 28, 2013

Rahsia Orang Yahudi Membesarkan Anak

Menurut seorang penuntut phD yang melakukan kajian tentang bangsa Yahudi, ada beberapa fenomena menarik tentang bangsa ini.

Bermula dari persiapan seorang ibu untuk melahirkan zuriat. Siibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami. Tujuannya untuk melatih janin di dalam kandungan agar menjadi genius apabila dewasa kelak.

Dari segi pemakanan, sejak awal mengandung mereka gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu dan untuk tengah hari makan utama mereka ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut mereka daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Tambah lagi, ibu-ibu mengandung wajib untuk makan pil minyak ikan.

Dari segi menu mereka pula, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami
pelajaran disekolah.

Di Israel juga, orang yang merokok akan di'persila' keluar rumah. Menurut kajian, nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Namun ironinya, pengeluar rokok terbesar ialah Israel sendiri!. Harga sekotak rokok (pada 2005) di Singapura ialah USD 7, dan sikap pemerintahnya juga terlalu ketat terhadap rokok. Sebab itulah, Singapura setanding dengan negara maju sedangkan negaranya hanyalah sebuah pulau kecil. Berbanding di Indonesia harga rokok hanya USD .70.. dan begitu juga di Malaysia, rokok boleh didapati dengan murah dan mudah. Jadi, lihat sendiri, betapa ramai remaja Malaysia yang 'kurang' menjadi...

Pemakanan anak-anak juga cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (cod oil lever). Kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Banyak lagi dapatan dalam kajian beliau tentang kehebatan dan kebijaksanaan bangsa Yahudi.

Selain itu, amalan tersebut mirip dan ada persamaan seperti yang dianjurkan oleh Islam. Malangnya, kita tidak mengambil iktibar daripada apa yang telah dianjurkan oleh Agama kita sendiri. Walllahulam.

Sumber : Wardina Safiyyah FB

No comments:

Post a Comment