my sweet liitle world

my sweet liitle world
my son

Friday, August 30, 2013

KetentuaanNya

 
 
Jom Layan !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 
Pernahkah anda merasa cepat bosan dengan seseorang????????
Pernahkah anda terfikir kenapalah aku mesti jumpa dengan minah or mamat nie?????
Atau ayat nie yang keluar.. " Aik dia lagi... takde orang lain ke yg aku nk jumpa dalam hidup aku? semak jer!!!!!!!!!..... huhuhuhu
 
Tapi percayalah setiap pertemuan yang terjadi itu adalah rahsia Allah S.W.T...
Siapa kita untuk menyangkal ketentuan dari Nya.. Mungkin ada hikmah yang terselindung disebalik perkenalan tersebut.. Hadapi dengan pasrah dan serahkan segalanya kepada yang hak..
Mana tahu segala kesulitan, kesukaran, kebencian, kemeluatan akan berubah suatu hari nanti...
Rahsia Allah itu besar dan tidak tercapai dek akal manusia...
Wallahualam....
 
 

P/s : mood merenung masa hadapan sambil memikirkan segala kemungkinan... mengharap sinar untuk masa hadapan... InsyaAllah harap semua dipermudahkan....

!!! Gambaran Hari Kiamat!!!



 Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri....

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
 
P/s: Copy paste dari FB Abdul Basit Aziz

Wednesday, August 28, 2013

8 Sebab Suami Bosan dengan Isteri

                                                                              8C

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

 C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita -BERSIKAP SEBEGINI...

TIPS DAN PANDUAN PENJAGAAN ANAK...

Jom baca dan amalkan tips untuk menjadi ibu bapa genius. Semoga dapat menjadi podoman dan amalan bersama.. :)

1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali m...enampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah SAW

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendir

Peringatan Kepada Anak-Anak


Catatan ini untuk memperingatkan anak-anak supaya tidak mendurhakai ibu bapa dan tidak mengeclkan hati mereka, sebaliknya berkhidmatlah dengan membuat ihsan dan kebajikan kepada mereka sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dalam al Quran. Ayat-ayat berikut menjelas perintah Allah mengenai kewajipan anak berbuat baik kepada kedua ibu bapa mereka:

1. Surah An-Nisa (4) : 36 `.. .. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua (ibu bapa), kerabat terdekat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga dekat dan jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki.'

2. Surah Al-Isra' (17) : 23 `Dan Tuhan mu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorangnya di antara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan lah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.'

3. Surah Al-Ankabut (29) : 8 `Dan Kami wajibkan kepada manusia agar berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya. ....'

4. Surah Luqman (31) : 14 `Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua ibu bapamu. Hanya kepada Aku kembali mu.'

5. Surah Al-Ahqaf (46) : 15 `Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Masa mengandung sampai menyusukannya selama tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun, dia berdoa, "Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau limpahkan kepada ku dan kepada kedua ibu bapa ku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai; dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucu ku. Sesungguhnya, aku bertaubat kepada Engkau, dan sesungguhnya, aku termasuk orang muslim."

 
(Sila rujuk surah berkenaan untuk bacaan doa dalam bahasa al Quran. Amalkanlah doa ini untuk memperolehi kebaikan, kesejahteran dan limpah kurnia Allah kepada diri sendiri, kedua ibu bapa dan zuriat kita)

Amatlah rugi dan menjadi kehinaan kepada orang yang tidak berbakti kepada kedua ibu bapa mereka ketika masih ada kesempatan. Ini dijelaskan dalam maksud hadith Rasulullah berikut:

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi bersabda yang maksudnya: `Melekat pada tanahlah hidungnya, melekat pada tanahlah hidungnya, sekali lagi melekat pada tanahlah hidungnya - maksudnya memperolehi kehinaan besarlah - orang yang sempat menemui kedua orang tuanya di kala usia tua, baik salah satu atau keduanya, tetapi orang itu tidak dapat masuk syurga sebab tidak berbakti kepada orang tuanya.' (HR : Muslim)

Dalam hadith lain yang bersumber dari Abu Hurairah, katanya "Ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah orang yang paling berhak untuk saya persahabati dengan sebaik-baiknya - yakni siapakah yang lebih utama untuk dihubungi secara sebaik-baiknya/". Nabi menjawab: "Ibumu." Ia bertanya lagi: "Lalu siapakah?" Nabi menjawab: "Ibumu". Orang itu sekali lagi bertanya : "Kemudian siapakah?" Nabi menjawab: "Ibumu." Orang itu bertanya pula: "Kemudian siapa lagi?" Nabi menjawab : "Ayahmu". (Muttafaq 'alai

Rahsia Orang Yahudi Membesarkan Anak

Menurut seorang penuntut phD yang melakukan kajian tentang bangsa Yahudi, ada beberapa fenomena menarik tentang bangsa ini.

Bermula dari persiapan seorang ibu untuk melahirkan zuriat. Siibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami. Tujuannya untuk melatih janin di dalam kandungan agar menjadi genius apabila dewasa kelak.

Dari segi pemakanan, sejak awal mengandung mereka gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu dan untuk tengah hari makan utama mereka ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut mereka daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Tambah lagi, ibu-ibu mengandung wajib untuk makan pil minyak ikan.

Dari segi menu mereka pula, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami
pelajaran disekolah.

Di Israel juga, orang yang merokok akan di'persila' keluar rumah. Menurut kajian, nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Namun ironinya, pengeluar rokok terbesar ialah Israel sendiri!. Harga sekotak rokok (pada 2005) di Singapura ialah USD 7, dan sikap pemerintahnya juga terlalu ketat terhadap rokok. Sebab itulah, Singapura setanding dengan negara maju sedangkan negaranya hanyalah sebuah pulau kecil. Berbanding di Indonesia harga rokok hanya USD .70.. dan begitu juga di Malaysia, rokok boleh didapati dengan murah dan mudah. Jadi, lihat sendiri, betapa ramai remaja Malaysia yang 'kurang' menjadi...

Pemakanan anak-anak juga cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (cod oil lever). Kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Banyak lagi dapatan dalam kajian beliau tentang kehebatan dan kebijaksanaan bangsa Yahudi.

Selain itu, amalan tersebut mirip dan ada persamaan seperti yang dianjurkan oleh Islam. Malangnya, kita tidak mengambil iktibar daripada apa yang telah dianjurkan oleh Agama kita sendiri. Walllahulam.

Sumber : Wardina Safiyyah FB

Rahsia Tahi Lalat


1-Bibir atas kanan = Banyak rezeki, pandai
2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
3-Bibir bawah kanan = Disegani orang, ramai yang suka
4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita
6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua
7-Leher di tengah = Tercapai cita-cita
8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
10-Hujung mata kanan = Baik hati, sopan santun, cerdas
11-Hujung mata kiri = Baik budi, murah rezeki
12-Punggung kanan = Agak mengalami kesulitan
13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk
14-Betis kanan = Suka berhibur, boros
15-Betis kiri = Rajin, tidak suka menganggur
16-Lutut kanan = Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17-Lutut kiri = Kurang kuat berusaha
18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
19-Kepala sebelah kiri = Sering menemui kesusahan
20-Kepala sebelah belakang = Jujur, sabar dan tekun
21-Kening kanan = Cerdas dan cekap
22-Kening kiri = Cerdas dan sopan santun
23-Tengah kening = Keras hati dan berani segala hal
24-Hujung mulut kanan = Kecil rezeki, tak mudah kalah
25-Hujung mulut kiri = Suka berpoya-poya
26-Ketiak kanan = Dapat menyimpan rahsia
27-Ketiak kiri = Jujur, banyak yang cinta
28-Pergelangan kaki kanan = Suka keluar rumah
29-Pergelangan kaki kiri = Kehendak kuat
30-Batang hidung = Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31-Pada hidung = Banyak rezeki
32-Dagu bawah kanan = Jujur dan baik hati
33-Dagu bawah kiri = Bijaksana, dan berbudi luhur
34-Kemaluan kanan atau kiri = Baik, suka senggama
35-Tumit kanan = Jujur dan banyak kawan
36-Tumit kiri = Baik budi
37-Alis kanan = Suka menolong dan baik hati
38-Alis kiri = Ramai yang suka
39-Pangkal peha kanan = Kemahuan kuat
40-Pangkal peha kiri = Suka kerja apa pun
41-Telapak kaki kanan = Tak mudah mengeluh
42-Jari kaki kanan = Suka menolong
43-Jari kaki kiri = Berbudi, suka berbuat baik
44-Bahu kanan = Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan
45-Bahu kiri = Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
46-Buah dada kanan = Baik hati, pendiam, simpan rahsia
47-Buah dada kiri = Ramai kawan, setia pada pasangan
48-Lengan kanan = Setia dan taat pada atasan
49-Lengan kiri = Menepati janji dan rajin
50-Pipi kanan = Ramai teman
51-Tengah-tengah pipi kanan = Ramai yang suka
52-Tengah-tengah pipi kiri = Ramai teman
53-Ubun-Ubun = Kurang jujur


54-Pusat = Cerdas, tangkas, tekun
55-Pusat bahagian kanan = Sejahtera dalam hidup
56-Pusat bahagian kiri = Beroleh kemuliaan
57-Pinggang kanan = Sayang pada pasangan hidup
58-Pinggang kiri = Disayang pasangan hidup
59-Dada kanan = Dapat mengatasi masalah
60-Dada kiri = Berani, jujur dan sabar
61-Telapak kaki kanan = Tidak mudah mengeluh
62-Telapak kaki kiri = Baik budi pekertinya
63-Siku tangan kanan = Kuat ingin memiliki kejayaan
64-Siku tangan kiri = Baik hati, suka menolong
65-Jari tangan kanan = Serba beroleh keuntungan
66-Jari tangan kiri = Serba baik bekerja
67-Jari telapak tangan kanan = Banyak rezeki tetapi boros
68-Jari telapak tangan kiri = Banyak rezeki dan cermat
69-Pergelangan tangan kanan = Boros, suka bersukaria
70-Pergelangan tangan kiri = Dapat berpangkat
71-Perut bawah kanan = Banyak rezeki, suka memberi maaf
72-Perut bawah kiri = Baik hati, tenang hidupnya
73-Sudut mata kanan dalam = Disayang suami atau isteri
74-Sudut mata kiri dalam = Tidak mudah dilupakan pasangan
75-Sudut mata kanan luar = Baik budi, ramai yang cinta
76-Pelipis kiri = Murah rezeki, dapat jadi kaya
77-Pelipis kanan = Serba berhasil dalam usaha
78-Kelopak mata kanan atas = Baik hati, ramah, berjaya
79-Kelopak mata kiri atas = Baik budi, ramai yang suka
80-Kelopak mata kanan bawah = Agak malas
81-Kelopak mata kiri bawah = Agak b.o.d.o.h, kurang bijaksana


P/S : Setiap sesuatu yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. Dan yang buruk itu dari makhluknya..
        

7 Kunci Kebahagian

 

Menurut Saidina Ali bin Abi Thalib RA, 7 Kunci Kebahagiaan adalah:
  1. Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.

  2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak.

  3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

  4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

  5. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.

  6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.

  7. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.

Monday, August 26, 2013

Belanja Kahwin oh Belanja Kawen

Alamak basi sudah isu ni... wahahaha

Tadi aku borak dengan budak- budak ofis menganai kos perkahwinan...
Bila diorang sebut amount-amountnya... terngangala juga mulut... nasib baik lalat tak sempat nak masuk...kihkih...

Masing - masing bagi tau belanja kawen diaorg semua puluhan riban... Uiks... Kos pelamin.. sekian riban, kos hantaran sekian... kos makanan sekian... kos bla..bla...bla.. n bla sekian...

Huih.. jenuh gak la jari aku mengira... tak cukup tangan dengan kaki sekali ambik bahagian ( :P part nie konpemla tipu jer lebihkn :P)

Tapi part terkejut beruk tu memangla... hm... ader sorang ofis mate aku ni nak kawen n dia bagi tau sebelah pihak jer perbelanjaan mencecah 20k dan keatas.... Seriously mahalla kn bagi orang macam aku...

N dulu time aku kja kat aeon selalu gak ader cust bg tau nak wat loan coz nak bertunang n wedding...
hm... aku tak taula resionalnya buat korangkan...

Tapi kan melalui pengalaman and pendapat aku yg tak berapa nak bernas ni ( for some people opinion) la kan... better korang fikir dua...tiga...empat...lima n till infinityla dulu sebelum korang decide nk wat wedding of the year if budget kurang...

knapa aku kata macam nie... maybe some people cakap eleh jelousla tu... we all kawen grend... uolz  yang ado... hahaha ini jawapannya.. ( ada ak kisah... hahaha... just kidding) :P

huhuhu... Sebagai org yang berpengalaman setahun jagung didalam berumah tangga ni... kehidupan lepas kawen tue yg penting... Bukan semasa majlis...

Hm selepas berumah tangga semua berubah... tambahan kalau rezeki korang awal untuk terima anak...
macam aku... hihihi...selepas sebulan kawen dah muntah2.. demam n sebagainya... (mengandung sudah)

Seriuosly kos korang akan meningkat... dari segi hospitality dan boleh dikatakan perbelanjaan jugakla...
especially bagi orang perempuan... tahap ke excited korang akan melonjak seperti gunung berapi if korang tengok barang baby...wa... nak tu nak ni... klo boleh satu pasar raya korang nak borong untuk anak korang... (betul ker? hahaha entahla... sib bek aku neutral jer... yg penting kelengapan anak cukup itu dah memadai... klo boleh baju new born tu just sikit jer.. sebab badan baby akan cepat membesar dengan jaya nya...contoh terbaik anak aku...dah pakai baju utk budak umo 2 taun... umo skung baru dekat 6 bulan.. hahaha Berjaya ibu breast feedingkn anak ibu sehingga membesar dengan cepat dan sihat... (:P tetiba terkembang kempis plak idungku ini ..) hahaha..

Oppppssss lari tajuk kejap...

Itu belum lagi kos susu anak, lampin pakai buang.. kos pengasuh dan sebagainya...
Mungkin susu tu boleh wat deduction kalau ibu-ibu sanggup breast feeding anak-anak... sebab terdapat segelintir ibu yang mengalami kesukaran untuk berbuat demikian kerana kekangan masa disebabkan factor pekerjaan dan sebagainya..

Sekiranya tiada ketahanan mental, emosi, rohani, fizikal dan ekonomi yang kukuh.. Pasti akan terjadi krisis atau pergolakan di dalam sesebuah institusi kekeluargaan (alamak skemanya ayat.. huhuhu)

Untuk satu majlis perkahwinan yang meriah bagi kedua pihak maybe perbelanjaan termasuk hantaran dalam 35k.. itu pun kalau wedding tu tak wat kat hotella kan... Campur ngan interest ( bagi yang sanggup wat loan... wahaha...) nanti gedebak gedebuk sewa rumah, makan, minyak, utiiti, ansuran kereta and if dah ada anak kos pengasuh, kos anak dan sebagainya.. Pasti secara tak langsung akan terasa bebanan... and yang worst sekali... mungkin akan terjadi perpisahan disebabkan tekanan tersebut... ( konflik melanda walaupon ansuran still berjalan..) huhuhuhu Nauzubillah... harap2 dijauhkanlah....

Pada aku lakan... biar kita bersederhana semasa berkahwin.... yang penting kalau boleh biar kita dirikan perkahwinan dengan hasil titk peluh kita sendiri..buakan PAMA.. baru kita lebih menghargai dan menyayangi ikatan tersebut.. Wallahualam... Sama-sama renungkan...


As-Salam hye guys...

Pernah tak korang rasa yg masa terlalu mencemburui korang??????? Banyak benda yang korang impikan dan idamkan semua tidak dapat korang laksanakan kerana kesuntukan masa???????

Hm mesti pernahkan... Dalam sedar tak sedar kita semakin menginjak dewasa dari hari ke hari...
masa remaja dan muda semakin jauh meninggalkan kita...

kalau dulu single mingle skang dah ader follower ( hahaha bajet je ayat )..

Bila mengimbas kembali tarikh - tarikh keramat dalam hidup aku.. tetiba ak terasa " Im getting old and old...."

Wahahaha... Kalo la poket doraemon tu wujud kan seronok... huhuhu

Tetiber nak flash back jap semua ceciter yg terjadi dalam hidup aku... layanz je la.. versi tak dek kja ni...

10 September 2011 Aku bertunang



3 June 2012 Diijabkabulkan dengan suamiku

 
 
3 March 2013
Genap 9 bulan usia perkahwinan kami lahirlah putera sulung kami Muhammad Arref Danial
 

Dari hari pertama dilahirkan



Sehingga kini usianya hamper mencecah 6 bulan banyak perkara - perkara indah tercipta..
Kehadiran anak merupakan penyeri dalam rumah tangga..

tangisan dan ketawa anak mampu menjadi ubat yang paling mujarab buat kedua orang tua..





Kalau orang Tanya aku aper perasaan menjadi semakin tua dan tua ni for sure la aku nk gna mesin masa balik kn.. pg semula ke zaman2 sekolah dulu kan .........Hm tp semua jawapan itu mungkin akan terucap sekiranya aku masih belom bergelar ibu... Sekarang ni kalau orang Tanya apa yang paling aku impikan dalam hidup sebagai ibu.....

Maka akan keluarlah kenyataan ini " kalau boleh aku ingin setiap hari-hari aku terisi dengan melihat telatah dan gelagat anakku seiring usianya meningkat dewasa... Aku tak kisah menjadi tua asal dapat melihat setiap perkembangannya dan dapat bersama - sama denganya meneroka kehidupan dan belajar sesuatu yang baru....


:)

Usia.... bukan persoalannya... ahakz... kerana anak zdan keluaragaku begitu berharga...

Sekian...........................................................................................................................................



Mood : makan gaji buta n sudah bosan melayan fb... so mengarut jela.... huhuhu

Wednesday, August 14, 2013

Amalan Memudahkan BersalinMengandung

Assalammualaikum..

Tadi seorang kakak kat ofis sempat memberi satu artikel tentang amalan yang boleh dilakukan bagi memudahkan bersalin..

Antara amalan-amalan yang elok untuk dipraktiskan oleh bakal ibu dan ayah ketika menantikan kelahiran anak ialah

1) Mengamalkan dan membaca surah-surah yang memudahkan bersalin
contohnya
a) Surah Al Insyiqaaq ayat 4:
 Maksudnya :"Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong."

b) Surah Al- Hasy-r ayat 3:
Maksudnya : Dan Kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah ia akan menyeksa mereka di dunia; dan mereka pula akan beroleh azab seksa di neraka pada hari akhirat kelak."

2) Mengamalkan Zikir

Suami dan Isteri hendaklah memperbanyakkan zikir terutamanya Kalimah Asma'ul
 Husna iaitu 'Ya-Latif'. Tujuannya adalah untuk:
a) Melembutkan Hati anak-anak
b) Taat kepada Ibu Bapa

Suami juga hendaklah sentiasa berada di samping isteri terutamanya ketika isteri hendak melahirkan anak. Ini bertujuan menunjukkan rasa kasih sayang, simpati dan memberi semangat serta kekuatan seolah-olah suami sendiri merasakan kesulitan ketika hendak bersalin.

Apabila terasa ada tanda-tanda hendak bersalin, maka ibu

Suatu masa dulu....

Salam...lama kan aku tak updatekan blog nie..
rindu rasanya menulis semula..tapi biasala..aku hanya akan menulis kalau jiwa kacau..
kalau tak konpem tak derla..
Hari nie aku nak bercerita tentang pertemuan dan perpisahan..
walaupun kita sedar tentang fakta setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan..tetapi kita sering alpa tentang kedatangannya..dan cara kita menangani perpisahan juga pasti berbeza bukan..hm kita terikat dengan fakta ini sejak azali lagi..tak kiralah andai pertemuan itu diatas pertalian kekeluargaan, persahabatan dan kasih sayang( antara adam dan hawa)
terus terang kalau pertemuan dari segi kekeluargaan dan persahabatan andai perpisahan hanya
melibatkan jarak dan waktu. pasti kita dapat melaluinya dan semakin kelihatan akrab setelah sekian lama tidak berjumpa..
Tapi bagaimana pula konteksnya dengan pertalian kasih sayang antara adam dan hawa?
pasti situasi berbezakan.. Perpisahan antara jarak dan waktu akan membuatkan kita tersiksa dan semakin keliru..pelbagai persoalan akan timbul..dan pelbagai cara akan kita lakukan untuk mengenal pasti punca perpisahan. Persoalan tanpa jawapan selalu bermain difikiran..maka bermulaLAH..Segala perkara2 yang jarang kita lakukan akan kita lakukan akhirnya...activity pengkajian..hahaha ader ea ayat tue...
tp bila kaji punya kaji sudahnya kita akan semakin terluka..
macam lagu "hati terluka..jiwa tersiksa..kau khianati cinta" huhuhu
by the way setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya...walau sakit dan kecewa
perjalanan harus diteruskan..kebangkitan harus dijalan kan
andai cinta itu tak mampu ku miliki..
ku pasrah...
sayang tak semestinya memiliki..tapi juga memberi..andai kebahagian nya bukan denganku..aku relakan perpisahan...
hanya satu yang mampu ku ucapkan.. " abang. semoga abg berbahagia,tak kira dengan siapa dan dimana jua abg berada........