my sweet liitle world

my sweet liitle world
my son

Sunday, February 20, 2011

BILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUK..

Assalammualaikum..
td aku terbaca satu blog nie..memang menarik..
cuba kita kongsi bersama..
kekadang kemarahan itu memang merugikan, tak salah sekiranya kita buang sebentar sifat amarah sekiranya, kita meyakini perasaan sayang kita terhadap seseorang. jika benar kita jodohnya mungkin kita dapat merasainya. dalam perhubungn andai didasari dengan kesabaran,kepercayaan dan kasih sayang InsyaAllah kebahagian akan menanti kita. Setiap manusia tidak lepas dari kesilapan, tak salah andai kita lebih bersikap linean terhadap orang yang kita sayangi.
memaafkan tidak menunjukkan kelemahan dalam diri seseorang. tetapi mungkin dapat menggambarkan tahap kematangan seseorang dalam membuat keputusan yang terbesar didalam hidupnya..

:)



♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?? *

semoga bermanfa'at

Oleh:Admin Muslimah sholehah Andhika Al-Banjari Mtp

Ambil Hikmah sebuah Pengalaman

Dipersilahkan bagi yang ingin share or copas,
semuanya milik bersama

Saturday, February 19, 2011

Subhanallah..ceteknya fikiranku..

Assalammualaikum....

Hari Jumaat lepas aku sempat menonton Alkuliah..yang membincangkan tajuk "passport Rasulullah S.A.W.
MasyaAllah baru aku sedar batapa ceteknya pengetahuanku tentang Sirah kekasih yang paling dicintai Allah S.W.T.
Malu rasanya diri ini untuk mengaku sebagai umat Rasulullah S.A.W.
Apabila sejarah hidup satu-satunya insan yang terlalu mencintai umatnya aku tak ketahui sepenuhnya.. Nauzubillah..
sebelum2 nie aku hanya tertarik dengan bahan bacaan yang berunsurkan hiburan seperti komik ujang dan novel2 cinta. pantang ader kesempatan untuk membaca novel, mesti tak ingat dunia. kekadang tue sampai lupa makan. sebab nak khatamkan pembacaan..
Haish menyesal pula dengan perangai sendiri..huhuhu
Dengan kesedaran yang tersisa sedikit ini, InsyaAllah akan aku cuba ubah kembali mindset aku..InsyaAllah satu hari nnti aku harap aku dapat berkongsi tentang sejarah hidup Nabi Muhammad S.A.W disini.. InsyaAllah :)

Wanita dan weight trainning.

Salam..
Hype...

Tadi aku ader terbaca satu artikel tentang Weigth trainning untuk wanita..

Uit.. wanita dan angkat berat betulkah? Anda pasti? tak nak guna talian hayat terlebih dahulu?
hihihi...
baru2 nie dalam usaha hangat2 tahi ayam untuk menurunkan berat badan..aku ader juga main dumpbell(betul ker aku eja) wahaha layanz jerla..

hahaha setiap kali aku main jer konpem akan kedengaran suara-suara latar daripada adik-adikku..especially pemilik dumpbell sendiri@adik lelakiku..
dialog dia bunyi macam niela " Dia tak betul ye long, perempuan mana boleh main dumpbell, dia nak tambah muscle ker? nie senaman tuk lelaki"

hm mula2 aku tak endahkan sangat, tapi asyik diulangi jer benda yg sama..takutla pulakkn, orang exersice sebab nak susutkn badan, tetiber aku exercise menambahkan kemachoan badan plak...tedaku mau itu terjadi..ahakz :P
biler difikirkan balik benda tue bukan lah berat sangat just 30 kg jer..lebih kurang,

tp once terbaca artikel nie, raser2 ok gak kot, teruskan balik niat untuk meneruskan cara hidup sihat tersebut..ahakz :-)..
GO!.GO! Chaiyo...


hm..
lagipun seperti yang kita sedia maklum untuk kesan yang effektif, perlu ada kombinasi
latihan kardiovaskular + latihan bebanan
hahaha walaupun mengetahui fakta nie tapi malas excersice+ kuat makan= cubby..hahaha
itulah aku..wiiiiiiiii..hehehehe

ok berbalik kepada artikel yang aku baca tadi

terdapat beberapa kebaikan aktiviti latihan beban atau weight trainning kepada wanita

1) dapat mempercepatkan process pembakaran lemak..
walaupun aktiviti kardiovaskular seperti jogging,treadmills dan sebagainya dapat membakar lemak secara efektif, tetapi sekiranya ia dilakukan dengan additional weight
traiining membantu kepada pembinaan "lean muscle yang dapat membantu memperbaiki bentuk badan wanita, yang dapat membakar lemak meskipun sewaktu anda sedang berehat..

wow bestkn, sambil tengok komputer atau tv dapat bakar lemak, sape tak nak kn.. nak juga..kihkihkih

2) umum berpendapat jika wanita melakukan aktiviti weight trainning akan menyebabkan bentuk badan mereka bertukar menjadi macho mcm lelaki( berketul-ketul badannya..)huhu
tp untuk mendapatkan hasil seperti itu ia memerlukan kehadiran hormon testosteron yang hanya dikeluarkan dengan banyak oleh kaum lelaki, terutama sewaktu process pertumbuhan. Meskipun wanita melakukan aktiviti bebanan dengan kadar yang hebat berbanding lelaki, badan mereka tetap tidak akan menjadi "macho".ini kerana penghasilan hormon testosteron wanita terlalu sedikit untuk memproses otot seperti lelaki.tapi kalau berkenan gak badan berotot. senang jer suntik jer hormon tue,confirm lepas nie, badan anda akan menjadi kacak dan macho... ahakz:P

hihihi

3)latihan bebanan sangat bagus untuk menguatkan tulang
kombinasi weight trainning yang konsisten dan penagmbilan kalsium yang mencukupi sangat bagus untuk mencegah Osteoporosis.almaklumlah wanita merupakan penyumbang terbesar kepada kadar penghidap Osteoporosis dewasa ini.

4) membantu wanita bagi mengelakkan kanser payudara
selain itu weight trainning dapat emebantu wanita untuk mengelak dari risiko menghidap kanser payudara disamping membantu mengelakkan kadar pertumbuhan semula sel2 kanser yang telah dirawat.

haish...lepas baca artikel nie..bersemangat la plak aku nk teruskan niat yang tergendala dulu...kita tengok ea sama ada jd muscle ker bakar lemak...

klo ak tak jadi hangat2 tahi ayam, bila dapat result nanti InsyaAllah kita kongsi bersama asilnya yer...

hihihi...

Tuesday, February 15, 2011

Ujian Itu

Assamammualaikum..
hm..tetiber hari nie aku nak bercerita tentang ujian..tahun 2010 merupakan tahun yang cukup mencabar buatku. banyak dugaan, rintangan dan cabaran yang telah aku tempuhi.
Tipulah kalau aku katakan yang aku redha dengan hati yang terbuka saat pertama kali dilanda ujian. Pernah sekali aku pertikaikan kejadian yg terjadi..mengapa aku?
kenapa tidak orang lain..Apa salah yg telah aku lakukan sehingga dugaan datang tanpa henti-henti. Aku hilang duit,hilang motor sampai 2 kali. Putus cinta untuk kali pertama..(bayangkan perasaan aku saat dan ketika itu. huhu..memang tangkap syahdu)
Lamala juga aku ambil masa untuk terima kenyataan..sadis gilala gugak keadaan aku masa tue..almaklumlah first time jatuh cinta, n terus putus..saper jerkn boleh terima..mmg takla jawabnya..lepas pada tue aku cuba berkawan dengan orang lain, budak dia baik..tapi aku tak dapat teruskan..hm bodohkan aku..sebab ak sayangkan orang yang tak menghargai kasih sayang aku..
Aku cuba sayang kan kawan aku tue..tapi ak tak dapat..last2 aku putuskan untuk tidak meneruskan relationship tue..memang salah perbuatan aku..Kalau kawan aku tue terbaca blog nie, aku nak minta maaf sangat2 dekat dia..aku hargai kasih sayang yang diberikan..tapi aku tak dapat teruskan.Alasan dari kebodohan aku, aku hanya bercinta dan jatuh sayang hanya sekali. bodohkan fakta tue,
aku sepatutnya mencari someone yg ikhlas sayang kn aku. bukan someone yang aku sayang.betul x? Tapi orang degil macam aku boleh ker cerna semua fakta tue.pegangan aku yang aku cuba pertahanakan..tapi kesudahannya semua hampeh..memang tak boleh blah langsung..hihihi..
Bila aku dah boleh terima hakikat yang aku dan dia tak akn ada kesudahan..sekali lagi aku diuji.. walaupun ceritanya berbeza. keadaannya sama, aku kembali kecewa. aku sayangkan someone yg belong kepada orang lain (tp bukan suami orang k..cuma kekasih orangla,huhuhu)
Awal perkenalan memang aku dah bertanyakan soalan cepumas tue( dah ada kekasih) tp jawapan, baru putus cinta.yang aku terima, tah kenapa aku senang,hormat dan percayakan dia. Dia memang tak pernah abaikan aku. dia selalu ambil berat dan ada untuk aku.. pelik bin ajaib, aku memang dapat merasakan kasih syang dia.
Orang selalu katakan kebenaran itu menyakitkan..tah tetiber aku rase nak tahu tentang somethin, and then semua jawapan terungkap. aku bole diketegorikn kacau daunla..wahahaha..kuciwa lagi. belum ape2 baik aku tarik diri..huhu..aku perempuan semestinya aku dapat memahami perasaan wanita lain. kalaulah dia tahu..hohoho..
walaupun kekecewaan kali nie tak seteruk yang pertama, tapi agak sukar aku untuk melupakan pada awalnya. sebab dalam perhubungan nie tak ader konflik.gadoh2 suma tak der, everything going smoothly,perhatian,layanan sumer tak meragukan. tapi tuelakan..dia bukan takdirku.. dalam terpaksa aku harus terima semua yang terjadi.

bila fikir2kan balik setiap dugaan yang aku lalui dulu banyak mengajar aku erti kesabaran dan erti kepasrahan yang sebenarnya..
mungkin kita tak pernah memikirkan sebab dan akibat disebalik kejadian..
dulu aku rasa kecewa dan sedih yg teramat sangat.tp sekarang aku pasrah dan redha diatas ketentuannya..
walaupun ak kecewa,tp aku bahagia..macammane tue ea.. hahaha..
aku bahagia sebab masih banyak lagi insan2 lain yg mengambil berat tentang aku.
hubungan ak dengan adik2ku pon bertambah akrab.
aku raser ak dah semakin kuat dan matang untuk membuat keputusan..
Aku bersyukur Ya Allah di atas ketentuan mu..

Bercerita tentang jodoh

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.

"Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?"

"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya pendek.

"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya.

"Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..."

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi," jelasnya dengan tenang.

"Habis mengapa putus?"

"Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta."

Wah, ini kisah cinta yang dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

[B]Isteri Amanah[/B]

"Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

"Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."

"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?"

"Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa."

"Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?"

"Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya."

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga."

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.

"Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi..."

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua."

[B]Cantik Itu Relatif dan Subjektif[/B]

"Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

"Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya."

"Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"

"Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?"

"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.

"Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.

"Maksud abang?"

Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.

"Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, "Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami."

"Oh, betul juga tu!" kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."

[B]Wasilah Memilih Jodoh[/B]

"Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.

"Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."

"Maksudnya yang dulu lebih cantik?"

"Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

"Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

"Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"

'Ah, tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.

"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"

"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."

[B]Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik[/B]

"Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik."

"Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."

"Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."

Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?"

Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.

"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?"

"Kerana mereka bukan orang baik," jawabnya pendek.

"Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?"

"Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."

"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"

"Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?"

Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

[B]Jodoh Urusan Allah[/B]

"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."

"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."

"Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"

"Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."

"Hikmah untuk kita?"

"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: "Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"