my sweet liitle world

my sweet liitle world
my son

Monday, April 26, 2010

Perasaan itu memburuku....

Assalammualaikum…salam sejahtera..kepada anda semua semoga bahagia..(hihihi ops menyanyila plak ekeke…)


Hmm..hari nie aku ingin meluahkan gejolak perasaanku yang semakin bergelora ketika ini..Ingin rasanya aku laungkan kepada dunia betapa aku ingin memilikimu..Kaulah satu-satunya idaman dan impianku disaat ini…tiada dua atau tiganya.. tetapi mengapakah keadaan dan suratan memisahkan kita…~aku harus merelakanmu walau aku tak mampu~… Mengapa dunia! Mengapakah engkau bersikap kejam terhadapku… Tidak layakkah aku memilikinya? Menyayanginya setulus hatiku dan menjaganya seumur hidupku.. aku kecewa setiap kali terkenangkan akan hakikat yang kau jauh dariku sebelum aku mampu memilikimu…
Saat pertama kali aku bertemu denganmu..Aku terpegun dan terpesona dengan gaya dan kesegakanmu.. Kau begitu indah dimataku..keindahanmu tiada taranya dan tiada duanya..Hanya kau yang mampu membuatku merasa bahawa dunia seakan berhenti berputar buat seketika..



Alangkah bahagianya andai kau mampuku miliki..Pasti aku akan menyayangi dan menjagamu setiap saat dan waktu..tanpa mengenal erti jemu…Akan ku laungkan kepada dunia betapa aku bahagia memilikimu..dan akan ku tayangkanmu untuk tatapan mereka semahunya…Biar mereka sedar bahawa insane sepertiku turut dapat menjadikan kau milikku (tetapi benarlah kata mereka) niat tidak menghalalkan cara..Kini aku sedar tidak kira dalam apa jua keadaannya Kau tidak mungkin dapat aku miliki..itula hakikat yang harus aku terima..

Sakit rasanya hati ini apabila mengenangkan hakikat sebenar kehidupan…meski selaut saying dan impian yang aku pertaruhkan untuk bersamamu..namun itu semua tidak mungkin akan berlaku..



Andai sahaja aku dapat mengundurkan putaran dunia..Ingin rasanya aku ubah diriku.supaya aku dapat digandingkan bersamamu..memilikimu merupakan impian terbesar dalam hidupku..
Ya Allah Ya Tuhanku…Andainya telah kau catatkan bahawa “dia” milikku..Kau kuatkanlah azamku untuk memilikinya..Kau kurangkanlah segala jurang yang wujud diantara kami berdua…Namun seandainya memang telah tercatat “dia” tidak mampuku miliki..maka kau tetapkanlah diriku supaya kuat menempuh ranjau hakikat sebenar kehidupan.. Kau terbitkanlah rasa bersyukur dihatiku terhadap pengganti dirinya..



Aku akui kini aku memiliki sesuatu yang seakan serupa denganmu..Dia telah banyak berjasa terhadap diriku.. setiap langkahku terisi dengan kehadirannya..setiap kemahuanku dituruti tanpa bersuara..aku tahu..dia memang banyak berjasa kepadaku..
Namun aku tetap keliru dan buntu..mengapa dalam perjalanan antara jarak dan waktu aku masih belum bisa melupakanmu… dengan dia aku merasa gembira dan bahagia..kami sangat serasi dan tidak dapat dipisahkan..



Tetapi dengan kamu aku merasakan nikmat sebenar kehidupan yang bakal aku kecapi..andai sahaja kau mampu ku miliki..kaulah sumber inspirasiku dan juga ilhamku..
Hari ini disaat aku terpandang betapa bahagianya insane yang memilikimu mengorak sinar bahagia…hatiku disayat pilu..ingin sahaja aku merampas dikau darinya… tetapi bila terkenangkan siapakah aku..aku melupakan niat tersebut…



Oh Super Bike idamanku.. kaula sumber ilham dan destinasi ku…mampukah aku memilikimu? Aku keliru..meski sekarang aku memiliki skuter biru yang sentiasa setia bersamaku..mengapa aku masih teringat dan terkenangkan kamu?


Oh super bikeku aku harus melupakan impian untuk memilikimu dan menungangmu..kerna ketinggianku yang serendang Cuma tidak mengizinkan kita bersatu…percayalah sayang.. meski apa pon yang terjadi kau tetap dihatiku..dan aku bahagia kerana pernah menggilaimu dan mengimpikanmu sampai ke tahap ini…


Hahaha sikit jer lagi dah leh diterima tanpa bersyarat if aku nk mendaftar masuk ke sepital sakit jiwa…
Wakakaka..Hahaha …hihihihi.huhuhuhu…kihkihkih…kuikuikui…hikhikhik..hukhukhuk..huahuawawa
Hohoho sorryla guys sebab terpaksa melayan sakin jiwa aku nie…
Wargh!..wargh!...wargh!! aku nak bawak super bike..
Somebody please help me.. ader x sesape yang ader formula tuk menaikkan ketinggian…
~~Ibu..bapa siapa yang ada cara tolong aku..bantulah diriku..ku nak jadi tinggi
Pengumuman2 siapa yang bias bantu tolong berikan aku petua supaya jadi tinggi..
Aku nak tunggang super bike~~
Hahaha memang parah sakitku ini..ekekeke :P
layanzzzz

No comments:

Post a Comment