my sweet liitle world

my sweet liitle world
my son

Monday, April 26, 2010

Merdekakah Kita?

Salam..
Dikesempatan ini ingin saya bincangkan mengenai konsep kemajuan yang sering kita agung-agungkan dan war-warkan dengan bangganya..
Majukah kita andai bangsa kita semakin dijajah dari hari ke hari..Mungkin benar, Negara kita Malaysia telah lama merasai kemerdekaan..Pada konsepnya mungkin benar kita telah merdeka…dari tahun ke tahun usia kemerdekaan kita semakin bertambah..dengan pertambahan usia kemerdekaan bermakna semakin jauhlah kita meninggalkan zaman penjajahan dahulu..
Terus terang saya katakan..saya amat kagumi semangat-semangat juang pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu..tanpa mereka kita tidak mungkin dapat mengecapi semua kesenangan hidup di masa kini.. Mungkin sekarang bangsa melayu tidak akan wujud dibumi Malaysia ini lagi..
Yang lebih mengkagumkan saya adalah sikap dan keteguhan iman mereka dalam menjalani tugas yang telah di andalkan kepada mereka..bukan sahaja antara sesame manusia tetapi betapa teguhnya iman mereka untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT..Pencipta sekian alam, makhluk dan setiap sesuatu yang terkandung didalam langit dan bumi ini..
Meski dijajah mereka tetap berpegang teguh kepada adat dan agama suci ini.. sedangkan kita, meski telah lama mengecap kemerdekaan, kita sering kali hanyut dan tergoda dengan rayuan nafsu dan dunia semata-mata.
Jika kita merenung kembali kata-kata pahlawan melayu dahulu kala “Hang Tuah” (tak kan melayu hilang didunia yang hilang hanya maruah) adakah kita dapat rasakan bahawa kita sedang melalui situasi ini..Adakah seiring dengan kemajuan..kita kena melupakan maruah kita sebagai bangsa melayu dan juga sebagai umat islam?
Wahai sahabat-sahabatku, anak-anak adam sekalian..
Ayuh, bangkitlah! Jagalah dikau dari lenamu yang panjang.. sedarlah bahawa masa tidak pernah menunggu kita.. janganlah kita leka dengan kemajuan dunia..sehingga tergamak menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal..Ingatlah keseronokan dunia hanyalah bersifat sementara..kehidupan disana yang lebih sempurna..
Jangan dijadikan keinginanmu mengejar nafsu duniawi sebagai raja dihati..sehingga terlupa kepada tanggungjawab mu yang hakiki terhadapNya..
Peliharalah imanmu supaya dikau sentiasa berada di dalam limpah dan rahmatnya..
InsyaALLAH ganjaran menantimu bukan sahaja didunia tetapi di akhrat sana..
Bangkitlah wahai pejuangku…Kibarkanlah sayapmu.. teguhkanlah imanmu..
InsyaALLAH..dikau pasti bertemu destinasi idamanmu..

No comments:

Post a Comment