my sweet liitle world

my sweet liitle world
my son

Monday, April 26, 2010

Perasaan itu memburuku....

Assalammualaikum…salam sejahtera..kepada anda semua semoga bahagia..(hihihi ops menyanyila plak ekeke…)


Hmm..hari nie aku ingin meluahkan gejolak perasaanku yang semakin bergelora ketika ini..Ingin rasanya aku laungkan kepada dunia betapa aku ingin memilikimu..Kaulah satu-satunya idaman dan impianku disaat ini…tiada dua atau tiganya.. tetapi mengapakah keadaan dan suratan memisahkan kita…~aku harus merelakanmu walau aku tak mampu~… Mengapa dunia! Mengapakah engkau bersikap kejam terhadapku… Tidak layakkah aku memilikinya? Menyayanginya setulus hatiku dan menjaganya seumur hidupku.. aku kecewa setiap kali terkenangkan akan hakikat yang kau jauh dariku sebelum aku mampu memilikimu…
Saat pertama kali aku bertemu denganmu..Aku terpegun dan terpesona dengan gaya dan kesegakanmu.. Kau begitu indah dimataku..keindahanmu tiada taranya dan tiada duanya..Hanya kau yang mampu membuatku merasa bahawa dunia seakan berhenti berputar buat seketika..



Alangkah bahagianya andai kau mampuku miliki..Pasti aku akan menyayangi dan menjagamu setiap saat dan waktu..tanpa mengenal erti jemu…Akan ku laungkan kepada dunia betapa aku bahagia memilikimu..dan akan ku tayangkanmu untuk tatapan mereka semahunya…Biar mereka sedar bahawa insane sepertiku turut dapat menjadikan kau milikku (tetapi benarlah kata mereka) niat tidak menghalalkan cara..Kini aku sedar tidak kira dalam apa jua keadaannya Kau tidak mungkin dapat aku miliki..itula hakikat yang harus aku terima..

Sakit rasanya hati ini apabila mengenangkan hakikat sebenar kehidupan…meski selaut saying dan impian yang aku pertaruhkan untuk bersamamu..namun itu semua tidak mungkin akan berlaku..



Andai sahaja aku dapat mengundurkan putaran dunia..Ingin rasanya aku ubah diriku.supaya aku dapat digandingkan bersamamu..memilikimu merupakan impian terbesar dalam hidupku..
Ya Allah Ya Tuhanku…Andainya telah kau catatkan bahawa “dia” milikku..Kau kuatkanlah azamku untuk memilikinya..Kau kurangkanlah segala jurang yang wujud diantara kami berdua…Namun seandainya memang telah tercatat “dia” tidak mampuku miliki..maka kau tetapkanlah diriku supaya kuat menempuh ranjau hakikat sebenar kehidupan.. Kau terbitkanlah rasa bersyukur dihatiku terhadap pengganti dirinya..



Aku akui kini aku memiliki sesuatu yang seakan serupa denganmu..Dia telah banyak berjasa terhadap diriku.. setiap langkahku terisi dengan kehadirannya..setiap kemahuanku dituruti tanpa bersuara..aku tahu..dia memang banyak berjasa kepadaku..
Namun aku tetap keliru dan buntu..mengapa dalam perjalanan antara jarak dan waktu aku masih belum bisa melupakanmu… dengan dia aku merasa gembira dan bahagia..kami sangat serasi dan tidak dapat dipisahkan..



Tetapi dengan kamu aku merasakan nikmat sebenar kehidupan yang bakal aku kecapi..andai sahaja kau mampu ku miliki..kaulah sumber inspirasiku dan juga ilhamku..
Hari ini disaat aku terpandang betapa bahagianya insane yang memilikimu mengorak sinar bahagia…hatiku disayat pilu..ingin sahaja aku merampas dikau darinya… tetapi bila terkenangkan siapakah aku..aku melupakan niat tersebut…



Oh Super Bike idamanku.. kaula sumber ilham dan destinasi ku…mampukah aku memilikimu? Aku keliru..meski sekarang aku memiliki skuter biru yang sentiasa setia bersamaku..mengapa aku masih teringat dan terkenangkan kamu?


Oh super bikeku aku harus melupakan impian untuk memilikimu dan menungangmu..kerna ketinggianku yang serendang Cuma tidak mengizinkan kita bersatu…percayalah sayang.. meski apa pon yang terjadi kau tetap dihatiku..dan aku bahagia kerana pernah menggilaimu dan mengimpikanmu sampai ke tahap ini…


Hahaha sikit jer lagi dah leh diterima tanpa bersyarat if aku nk mendaftar masuk ke sepital sakit jiwa…
Wakakaka..Hahaha …hihihihi.huhuhuhu…kihkihkih…kuikuikui…hikhikhik..hukhukhuk..huahuawawa
Hohoho sorryla guys sebab terpaksa melayan sakin jiwa aku nie…
Wargh!..wargh!...wargh!! aku nak bawak super bike..
Somebody please help me.. ader x sesape yang ader formula tuk menaikkan ketinggian…
~~Ibu..bapa siapa yang ada cara tolong aku..bantulah diriku..ku nak jadi tinggi
Pengumuman2 siapa yang bias bantu tolong berikan aku petua supaya jadi tinggi..
Aku nak tunggang super bike~~
Hahaha memang parah sakitku ini..ekekeke :P
layanzzzz

Merdekakah Kita?

Salam..
Dikesempatan ini ingin saya bincangkan mengenai konsep kemajuan yang sering kita agung-agungkan dan war-warkan dengan bangganya..
Majukah kita andai bangsa kita semakin dijajah dari hari ke hari..Mungkin benar, Negara kita Malaysia telah lama merasai kemerdekaan..Pada konsepnya mungkin benar kita telah merdeka…dari tahun ke tahun usia kemerdekaan kita semakin bertambah..dengan pertambahan usia kemerdekaan bermakna semakin jauhlah kita meninggalkan zaman penjajahan dahulu..
Terus terang saya katakan..saya amat kagumi semangat-semangat juang pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu..tanpa mereka kita tidak mungkin dapat mengecapi semua kesenangan hidup di masa kini.. Mungkin sekarang bangsa melayu tidak akan wujud dibumi Malaysia ini lagi..
Yang lebih mengkagumkan saya adalah sikap dan keteguhan iman mereka dalam menjalani tugas yang telah di andalkan kepada mereka..bukan sahaja antara sesame manusia tetapi betapa teguhnya iman mereka untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT..Pencipta sekian alam, makhluk dan setiap sesuatu yang terkandung didalam langit dan bumi ini..
Meski dijajah mereka tetap berpegang teguh kepada adat dan agama suci ini.. sedangkan kita, meski telah lama mengecap kemerdekaan, kita sering kali hanyut dan tergoda dengan rayuan nafsu dan dunia semata-mata.
Jika kita merenung kembali kata-kata pahlawan melayu dahulu kala “Hang Tuah” (tak kan melayu hilang didunia yang hilang hanya maruah) adakah kita dapat rasakan bahawa kita sedang melalui situasi ini..Adakah seiring dengan kemajuan..kita kena melupakan maruah kita sebagai bangsa melayu dan juga sebagai umat islam?
Wahai sahabat-sahabatku, anak-anak adam sekalian..
Ayuh, bangkitlah! Jagalah dikau dari lenamu yang panjang.. sedarlah bahawa masa tidak pernah menunggu kita.. janganlah kita leka dengan kemajuan dunia..sehingga tergamak menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal..Ingatlah keseronokan dunia hanyalah bersifat sementara..kehidupan disana yang lebih sempurna..
Jangan dijadikan keinginanmu mengejar nafsu duniawi sebagai raja dihati..sehingga terlupa kepada tanggungjawab mu yang hakiki terhadapNya..
Peliharalah imanmu supaya dikau sentiasa berada di dalam limpah dan rahmatnya..
InsyaALLAH ganjaran menantimu bukan sahaja didunia tetapi di akhrat sana..
Bangkitlah wahai pejuangku…Kibarkanlah sayapmu.. teguhkanlah imanmu..
InsyaALLAH..dikau pasti bertemu destinasi idamanmu..

Thursday, February 25, 2010

Salam Perkenalan


Assalammualaikum... Kepada sesiapa yang sudi melawat ke laman ini.. salam perkenalan saya hulurkan.. Terima kasih kerana sudi melapangkan masa anda dilaman ini..(hihihi..yoyo oooo...ja..macamla ader yang sudikan...hahaha) Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya tulisan saya tidak memenuhi citarasa anda... Almaklumlah...saya baru berjinak-jinak dalam penulisan blog..amaturlah katakan, maybe in future banyak kesilapan teknikal akan menyusul...(hahaha) Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf secara advance sekiranya tajuk-tajuk yang bakal saya utarakan nanti menyinggung anda...(kesilapan ini akan saya cuba elakkan ...'andai terjadi juga ...maaf saya pinta yer... Untuk proses pengenalan saya raser cukuplah sampai disini... sampai bertemu dimasa2 hadapan yer... and welcome to my world... hihihi :-)